Laman Utama


PERTANIAN HIJAU, UNTUK GENERASI HADAPAN




Global Microbes SDN BHD adalah syarikat seratus peratus milik bumiputra. Ditubuhkan khas untuk pengeluaran SUBOTANI, baja bio-teknologi yang mengandungi bahan-bahan organik berserta mikrob yang juga mesra alam.


Beberapa spesis mikro-organisma yang dikenal pasti disertakan bersama EFB (tandan sawit) yang dijadikan kompos yang mana mikro organisma ini akan bertindak dan hidup menyuburkan tanah secara semulajadi. Baja SUBOTANI akan mengekalkan dan menambah kesuburan tanah pertanian, termasuk tanah-tanah yang bermasalah.


Pendekatan utama syarikat adalah menghasilkan baja BIO-ORGANIK terbaru bagi memenuhi permintaan tempatan khususnya. Baja ini dilengkapi dengan bakteria-bakteria seperti Bakteria Pengikatan Nitrogen (Nitrogen Fixing Bacteria), Bakteria Pelarutan Fosfat (Phosphate Solubiliser Bacteria) dan Bakteria Penggerak Potash (Mobilizing Potash Bacteria). Bakteria-bakteria inilah yang akan bertindak untuk menyuburkan tanah tanaman.


Dengan adanya teknologi yang terkini, kami berhasrat untuk membangunkan pertanian negara dan membekalkan baja SUBOTANI ke seluruh pelusuk negara untuk semua jenis tanaman. Dan dengan tertubuhnya Global Microbes SDN BHD ini, diharapkan industri pertanian negara menjadi lebih maju dan kesuburan tanah kekal terjamin tanpa mengganggu alam sekitar untuk masa akan datang.