News
MADA - HASIL PADI MENINGKAT SEHINGGA 95%
Hasil Padi di test plot MADA didapati meningkat 95%
Hasil penuaian di test plot MADA mencatatkan peningkatan sehingga 95%.
Percubaan di test plot MADA kepunyaan Haji Mohd Saad B. Man di Kg. Hilir Kubang Rotan menunjukkan peningkatan dari 4.5 tan pada musim yang lepas kepada 6.2 tan iaitu peningkatan sebanyak 37.77%.
Sementara itu plot kepunyaan Md. Isa bin Ahmad di Kg. Bohor Karang, Jerlun mencatatkan peningkatan sebanyak 1.4 tan dari 7 tan pada musim yang sebelumnya kepada 8.4 tan iaitu 20% pada musim penuaian kali ini.
Manakala Encik Wirazul B. Saad di Kg. Palas, Mukim Binjal merekodkan peningkatan yang paling memberangsangkan dari 2.3 tan kepada 4.5 tan iaitu peningkatan 95% hampir sekali ganda.
Berdasarkan rekod pencapaian hasil dengan menggunakan Baja SUBOTANI hasrat kerajaan untuk mencapai kadar pengeluaran hasil padi 10 tan per hektar mungkin dapat dicapai.
Tahniah diucapkan kepada para petani yang sudi melibatkan diri dalam percubaan penggunaan Baja Bio Organik SUBOTANI!
MADA Test Plot Update (75 Hari)
Percubaan Subotani di MADA, Kedah
Progres percubaan Subotani di test plot padi MADA setelah 75 hari
Foto Penghasilan Kompos Jerami Padi MADA
Koleksi gambar penghasilan kompos jerami padi di MADA.
Subotani - Test plot padi MADA
Peringkat awal percubaan baja Subotani di test plot MADA